Tun Hanif Omar meminta pihak-pihak yang meragui kewibawaan beliau menerajui Panel Penasihat Bebas berkenaan perhimpunan Bersih 3.0 agar melihat rekod beliau masa-masa lalu termasuk ketika menganggotai jawatankuasa menyiasat insiden polis menembak mati remaja Aminulrasyid Amzah dua tahun lalu.
"Kalau mereka berasa bimbang akan berlaku ketidaksaksamaan, mereka boleh bertanya sendiri kepada ahli-ahli panel terbabit sama ada saya berat sebelah ketika itu,” kata beliau kepada Sinar Harian Online, hari ini.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas beberapa komen daripada beberapa pihak yang melihat pelantikan beliau sebagai pengerusi panel terbabit tidak sesuai memandangkan siasatan turut melibatkan Polis Diraja Malaysia atas alasan beliau juga merupakan bekas ketua polis negara.
No comments:
Post a Comment