Tokoh Sukan atau Tokoh Pemborosan?

Percaya atau tidak, Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor dinobatkan sebagai Tokoh Industri Sukan Negara 2012 pada Majlis Anugerah Industri Sukan Negara malam tadi.

Anugerah yang julung kali diperkenalkan itu disampaikan oleh Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM), Mohamed Maliki Mohamed Rapiee dengan disaksikan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek, pada satu majlis makan malam di Menara Kuala Lumpur di sini.

Rosmah, yang juga penaung bagi Persatuan Badminton Malaysia (BAM) dan Yayasan Kebajikan Atlet Kebangsaan (Yakeb), merasmikan majlis tersebut. Dalam ucapan beliau, Rosmah berkata, golongan belia perlu melihat penglibatan di dalam industri sukan sebagai peluang untuk meningkatkan tahap ekonomi diri dan keluarga.

"Kesemua kemajuan dan transformasi di dalam aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan sukan akan mewujudkan peluang ekonomi yang besar kepada belia,” katanya. Turut menerima anugerah pada majlis berkenaan ialah Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN), Datuk Zokples Embong (Anugerah Pengurusan Sukan dan atlet skuasy kebangsaan, Azlan Iskandar (Anugerah Khidmat Masyarakat).

Persatuan Pengurusan Pelanggan dan Pusat Hubungan Malaysia (CCAM) meraih Anugerah Perkhidmatan Pelanggan manakala Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd. (Syabas) muncul penerima Anugerah Promosi Gaya Hidup Sihat Melalui Sukan. Klik pada gambar untuk saiz yang lebih besar.

No comments:

Post a Comment