Video ketegangan semasa SAMM bertembung dengan kumpulan anti-BERSIH di Bukit Aman

Sekumpulan penyokong BERSIH 3.0 bertembung dengan satu lagi kumpulan anti-perhimpunan itu dalam satu kejadian yang hampir mencetus pergeseran di hadapan Ibu Pejabat Polis Bukit Aman petang ini.

Insiden pada anggaran jam 2.50 petang itu bermula apabila kumpulan pro-BERSIH, Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) disorak oleh kumpulan anti-perhimpunan berkenaan, termasuk anggota NGO Suara Anak Muda 1Malaysia.

Kumpulan SAMM diketuai pengerusinya Badrul Hisham Shaharin itu mula disorak dengan panggilan "pengkhianat negara" apabila kumpulan itu mula bergerak dari satu kawasan parkir ke kawasan pintu masuk Bukit Aman. Keadaan kemudiannya menjadi tegang apabila seorang pemimpin Suara Anak Muda 1Malaysia, Armand Azha Abu Hanifah secara tiba-tiba meluru ke arah pemimpin Badrul Hisham.

Beberapa orang anggota polis bagaimanapun berjaya menghalang Armand daripada mendekati Badrul Hisham dan 10 orang yang lain dalam insiden yang berlaku selama kira-kira 10 minit. Bercakap kepada pemberita selepas itu, Badrul Hisham berkata provokasi berkenaan menunjukkan bahawa kumpulan dipimpin Armand itu mengamalkan politik tidak matang.

No comments:

Post a Comment