Anwar bukan pakar dia tak tahu ekonomi kata Muhyiddin


Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, Pakatan Rakyat "tidak tahu ekonomi" apabila mengatakan belanjawan mereka mampu mengurangkan defisit.

Muhyiddin berkata, ketuanya Datuk Seri Anwar Ibrahim juga tidak tahu mengenai situasi ekonomi negara.

"Dia (Anwar) kata tak ada usaha yang dibuat dan belanjawan Pakatan boleh kurangkan defisit RM20 bilion.

"Sebenarnya mereka ini tak pakar. Tak tahu situasi ekonomi negara. Mereka bukan dalam kerajaan," katanya semasa berucap pada perjumpaan bersama pemimpin belia Selangor dan mahasiswa di Shah Alam hari ini.

Turut serta pada majlis itu Timbalan Pengerusi BN Selangor, Datuk Seri Noh Omar dan Koordinator BN negeri Datuk Seri Md Zain Mohamed.

Kira-kira 2,000 belia dan mahasiswa turut serta.

Selain itu, Muhyiddin turut menyifatkan cadangan Pakatan yang ingin menghapuskan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) sebagai tindakan yang akan menyebabkan peminjam akan datang tidak mendapat bantuan.

"Tujuan bayar balik pinjaman untuk mengisi tabung untuk kegunaan peminjam akan datang.

"Kalau dihapuskan anak-anak yang dapat bantuan tidak akan mendapat bantuan," katanya lagi.

2 comments:

  1. satu spin lagi olih pemimpin bn. apa perlu ptptn apa perlu bayar balik bila percuma.

    ReplyDelete
  2. MMg bengap mamat anak yassin ni

    ReplyDelete