Beg mewah terbaru Rosmah berharga RM636,100?

Blog pro Pakatan Rakyat menyiarkan gambar terbaru Datin Seri Rosmah Mansor yang bergaya bersama beg tangan mewah jenama Birkin, didakwa milik terbaru beliau.

Beg tangan berwarna merah yang mencecah harga sehingga ratusan ribu ringgit itu dikesan menerusi satu gambar yang disiarkan sebuah akhbar berbahasa Inggeris, The Star.

Milosuam.blogspot turut mendedahkan baru-baru ini Dallas-based Heritage Auctions, pelelong koleksi barangan terbesar di dunia, mengistiharkan lelongan sebuah beg tangan mewah wanita Hermes Diamond Birkin berwarna merah pada harga $203,150 (RM636,100).

Beg tangan mewah itu diperbuat daripada kulit buaya merah yang juga dilengkapi dengan hiasan strap putih, serta kunci-kunci yang bertatahkan berlian.

Menurut blog berkenaan, Jurucakap Heritage, Matthew Rubinger mengesahkan bahawa pemenang bidaan tersebut telah mengunjungi pemilik yang enggan namanya didedahkan kepada umum.

Rosmah sebelum ini yang menggemparkan negara dengan pembelian cincin berlian berharga RM24 juta, dikesan menggayakan sekurang-kurangnya 11 beg jenama mewah berkenaan di majlis-majlis yang dihadirinya.

Bagi beg edisi terhad itu, harga sebuah beg tangan dikatakan mencecah RM28,000 (US$ 9,000) hingga RM472,000 (US$150,000) bagi setiap satu.

No comments:

Post a Comment