JIHAD - Nik Aziz Selar UMNO tak mampu bawa Umat Islam ke Syurga.

alt

Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengkritik tindakan UMNO menggunakan perkatan Jihad pada Perhimpunan Agung UMNO yang lalu.

Beliau menjelaskan maksud Jihad yang terdapat di dalam Kitab Al Qur'an hanya layak digunakan bagi tujuan menegakkan syariat Islam sahaja. UMNO katanya tidak layak menggunakan istilah tersebut tatkala Pemimpin-Pemimpin parti tersebut terbabit dalam penyelewengan rasuah dan korupsi. Malah Mursyidul Am PAS itu berkata UMNO tidak memperjuangkan Islam akan tetapi hanya menitikberatkan soal perjuangan bangsa Melayu semata-mata.

“Jihad ini istilah al-Quran. Kerana apa mereka curi perkataan jihad dan tafsir mengikut kefahaman sendiri? Mereka sifatkan jihad untuk mempertahankan orang Melayu. Islam bukan untuk orang Melayu, bukan untuk Arab, bukan untuk Cina tapi untuk manusia,” katanya dipetik Harakahdaily.

Kenyataan Nik Aziz merujuk kepada Ucapan Timbalan Presiden UMNO Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika merasmikan Persidangan Tahunan Puteri, Pemuda dan Wanita Umno minggu lalu.

Nik Aziz turut mendakwa, UMNO sebuah parti sekular yang tidak mampu membawa Jihad ke arah kemenangan Islam di Negara ini sepenuhnya.

"UMNO atau golongan sekular kalau kita andaikan, seperti bas ekspres dari Kota Bharu ke Kuala Lumpur. Tapi berhenti di Gua Musang, terliur tengok buah-buahan banyak, maka berhenti di situ sahaja, tak sampai ke Kuala Lumpur,” kata beliau menyampaikan ucaptama pada Ijtimak Tarbawi Pilihan Raya di Kolej Universiti Islam Zulkifli Muhammad dekat sini, hari ini.

Nik Aziz turut menjelaskan UMNO tidak mampu berjihad untuk membawa bekalan umat Islam ke arah pengukuhan akidah yang akhirnya menjanji Syurga sepertimana terkandung di dalam Al Qur'an.


“Nak ke syurga tapi tersekat separuh jalan kerana terpedaya dengan segala pembangunan dan kekayaan di dunia."

Nik Aziz menasihatkan kesemua jentera PAS agar menyeru ahli menggunakan sistem pilihan raya sedia ada untuk memberi kemenangan besar buat PAS kerana parti ini telah sekian lama berjihad menegakkan Islam berlandaskan Al Qur'an dan Sunnah.

“Tanpa kuasa, kita boleh menyatakan haramnya judi, arak, hiburan melampau batas dan sebagainya, namun ia hanya akan terbatas di mimbar masjid dan helaian kitab sahaja tanpa ditegakkan dalan sistem pemerintahan. Perjuangan PAS bukan perjuangan menentang Umno semata-mata tapi yang lebih besar mengajar manusia mengikat hawa nafsu.

Pilihan raya bukan hanya lima tahun sekali, tapi orang Islam melakukan pilihan raya setiap hari, sepanjang masa. UMNOtidak pernah didengarkan oleh pemimpin mereka untuk menjauhkan diri dari syaitan,” kata beliau lagi.

Timbalan Presiden UMNO Tan Sri Muhyiddin Yassin di dala Ucapan Perasmian Sayap Parti minggu lalu telah mengingatkan kesemua Ahli agar Berjihad dalam memastikan kuasa Umat Melayu terus kekal malah diperkuat agar tidak dirampas oleh puak-puak parti yang bakal menghancurkan Bangsa. Ucapan tersebut ditujukan kepada Pakatan yang terdiri daripada PAS, DAP dan PKR.

No comments:

Post a Comment