Pembangkang Ada Peluang Tubuh Kerajaan Baru Di Pusat

Presiden Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA), Datuk Zaid Ibrahim (foto) berkata peluang pembangkang untuk menubuhkan kerajaan baru bergantung kepada sejauh mana masyarakat Melayu bersedia mendakap mereka.

“Orang Melayu akan menentukan siapa yang menang pilihanraya umum, bukan sahaja kerana mereka adalah kaum terbesar tetapi juga mereka diperintah oleh sebuah parti yang mengingatka mereka bahawa hak mereka akan dicabar sekiranya mereka mengundi pembangkang,” kata beliau pada sebuah wacana politik anjuran akhbar Sinar Harian. “Adakah mereka bersedia untuk membuat perubahan. Jika ya, maka hanya masa itu kita akan nampak berlakunya perubahan,” tambah beliau.

Wacana Undi Siapa Jadi Penentu itu membariskan Zaid, Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng, Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Saifuddin Abdullah, Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat Nurul Izzah Anwar dan Profesor Madya Dr Abu Hassan Hasbullah daripada Universiti Malaya.

Zaid yang menubuhkan KITA setelah keluar dari PKR dan Umno berkata media arus perdana yang masih dikawal oleh kerajaan akan menyukarkan usaha memujuk pengundi untuk melakukan perubahan.

Zaid yang sebelum ini amat kritikal terhadap PR, khususnya Ketua Umumnnya Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Pakatan Rakyat sendiri, berubah haluan minggu lalu apabila mengumumkan ia akan menyokong gagasan pembangkang itu dan tidak akan bertanding pada PRU ke-13.

Dalam pada itu Zaid nafikan beliau melompat parti ibarat katak dan menegaskan dirinya dipecat dari UMNO dan selepas itu keluar daripada Parti Keadilan Rakyat.


Beliau yang juga bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri menolak persepsi bahawa ahli politik yang lompat parti tidak mempunyai prinsip dan pendirian. Menurut Zaid, tidak semua yang kekal dalam sesebuah parti itu adalah orang berprinsip dan baik untuk negara kerana mereka mungkin kekal serta menunjukkan kesetiaan kerana mempunyai kepentingan peribadi.

"Jika anda mempunyai pendirian tertentu, anda akan menfokuskan perjuangan anda kepada perkara pokok. Dalam politik, bukan mudah untuk menegakkan prinsip sendiri. Sukar untuk mengimbangi kepercayaan anda berbanding apa yang diperjuangkan parti kerana politik adalah bidang yang sukar.

Pandangan anda mungkin tidak diterima (parti politik sendiri). "Tak semua yang lompat itu boleh disalahkan dan tak semua yang setia itu baik," tegasnya.

[Kenyataan Zaid ini mungkin ada kebenarannya kerana bangsa lain sudah mula untuk berubah, tapi hanya bangsa Melayu sahaja yang masih "layu diulit mimpi" kononnya hanya UMNO BN yang dapat memerintah negara ini.

Walhal mereka ditipu dengan berbagai penyelewengan sejak sekian lama, namun dek kerana sedikit "gula-gula" tatkala menjelang pilihanraya maka mereka lupa itu semua. Bagi mereka UMNO BN yang terbaik walau pun jelas melakukan rasuah dan korupsi.

Namun, jika dilihat kepada takdir ternyata UMNO BN bakal tenggelam dalam pilihanraya kerana golongan "saluran satu" lama kelamaan akan pupus dari mukabumi ini akibat berbagai penyakit termasuk sakit tua. Apa yang tinggal ialah generasi muda yang akan mewarnai politik negara dan majoriti mereka memang mahukan perubahan berlaku di dalam negara kita ini sebenarnya].

No comments:

Post a Comment