
Bagaimanapun, Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Khalid Abu Bakar (kiri) enggan mendedahkan jumlah sebenar mereka yang telah dipanggil pihak polis berhubung kes tersebut.
"Ramai lagi saksi telah dipanggil dan kami masih dalam siasatan bagi menyelesaikan kes yang berprofil tinggi ini," katanya kepada pemberita selepas majlis penganugerahan "Balai League Table Siri 2 & 3" di Balai Polis Wangsa Maju di Kuala Lumpur, hari ini.
Balai Polis Wangsa Maju merupakan antara 30 buah balai polis yang memenangi anugerah itu daripada 753 balai yang telah mengambil bahagian.
Sebelum ini, Khalid mengesahkan seramai 74 individu telah dipanggil untuk diambil keterangan.
No comments:
Post a Comment