Ratusan siswa berarak ke pejabat UMNO
Kira-kira 500 orang, kebanyakannya mahasiswa berarak ke ibu pejabat Umno di Kuala Lumpur bagi menuntut kebebasan akademik yang lebih besar di negara ini. Bantahan itu kebetulan serentak dengan perbincangan meja bulat Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) yang didakwa aktivis mahasiswa sebagai "membunuh aktivisme mahasiswa".
Kumpulan itu pada mulanya berkumpul di Masjid Jamek di tengah-tengah bandaraya Kuala Lumpur pada jam 2 petang dan tiba di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) dua jam kemudian,"Kami mahasiswa universiti boleh berfikir, bukan budak sekolah menengah yang dikawal kerajaan.
Kami ada kemampuan untuk menguruskan hal kami sendiri," kata pengerusi gerakan itu BEBAS Muhammad Safwan Anang.Mereka menuntut pemansuhan AUKU dan Akta Institusi Pendidikan dan Akta Institusi Pengajian Tinggi Swasta yang didakwa mencabul hak asasi. Ia dibuat bersama tuntutan lain melibatkan kebebasan akademik di universiti, hak terlibat dalam politik dan autonomi mahasiswa di kampus.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
bodoh punya pelajar...belajar lah dulu kasi pas
ReplyDeletepelajar2 asal dari kampung ni mak bapak mereka taksub kpd PAS jadi mereka pun ikut taksub..itu jer..mereka ni kalau tak kerana kerajaan BN yg tolong kebanyakan tak dpt masuk universiti pun - tak layak masuk kerana kelulusan tak cukup bagus, tapi dek ada kuota bumiputra (polisi BN/UMNO), maka dpt lah. Setelah dpt, org yg menolong mereka dimaki hamun, org yg tidak buat apa2, yg hanya tau membangkang & menuduh mcm2 dpt sanjungan. Ini mcm Azmin jugak la..kes si Tanggang.
ReplyDelete