Lim Guan Eng Naik Kapal Selam Scorpene Hari Ini

Ketua Menteri Pulau Pinang, YB. Lim Guan Eng hari ini diberi peluang untuk menaiki Kapal Selam Scorpene di sini hari ini. Turut serta bersama Lim termasuklah kedua-dua Timbalan Ketua Menteri beliau iaitu YB. Dr. Mansor Othman dan YB. P.Ramasamy.

Setiausaha Agung DAP itu bersama dua timbalannya tiba di Lapangan Terbang Langkawi pada jam 1.30 tengahari tadi menaiki helikopter menuju ke lokasi LIMA 2011 di Pulau Langkawi. Beliau dijangka kembali di Hotel Awana Porto Malai pada jam 4 petang.

Lim juga diberi peluang untuk melihat sendiri demonstrasi maritim dan lawatan ke pameran statik kapal perang.

alt

Dalam pada itu, Datuk Seri Zahid Hamidi mendakwa tujuan beliau menjemput Setiausaha Agung DAP itu bagi membolehkan pihak pembangkang menyaksikan keadaan kapal selam tersebut.

"Kami lakukan ini untuk DAP dan PKR sekarang. Jika PAS mahu melawat, kami akan atur (untuk mereka)".

Lim sebelum ini pernah mempersoalkan pembelian dan status Kapal selam Scorpene yang kini diberi nama KD Tun Razak.

Sumber : http://www.klpos.com/index.php/ekslusif/1798-lim-guan-eng-naik-kapal-selam-scorpene-hari-ini.html

No comments:

Post a Comment