Najib Semakin Takut Dengan Kaum Cina

Di sebalik spekulasi bahawa pilihan raya umum ke-13 semakin dekat, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak meminta rakyat khususnya kaum Cina agar terus menyokong kerajaan pimpinannya kerana telah banyak mereka.


Laporan media sebelum ini menyebut aliran sokongan pengundi Cina kepada Barisan Nasional (BN) tidak banyak berubah sejak pilihan raya umum 2008.

Najib berkata peluang perniagaan untuk masyarakat Cina tidak pernah disekat dan ini dapat dilihat daripada penguasaan mereka terhadap sebahagian besar perniagaan dalam negara.

“Mereka berjaya kerana kita amalkan dasar ekonomi yang bebas. Kita jamin keamanan dalam negara dan kestabilan dalam negara.

“Kita berlaku adil kepada semua kaum. Orang Cina boleh maju kerana dasar kita. Tidak ada orang Cina yang boleh kata mereka kaya tanpa pertolongan kerajaan,” katanya dipetik Bernama Online.

Kata beliau, selain kaum lain, kerajaan juga memberikan penukaran tanah, lesen bank, lesen beras, lesen gula kepada kaum Cina untuk membantu membangunkan ekonomi mereka.

“Oleh itu, rakyat haruslah sokong apa yang dilakukan oleh kerajaan,” katanya.

No comments:

Post a Comment