Shahrizat belum letak jawatan


Datuk Seri Najib Tun Razak menolak untuk memberi sebarang komen terhadap ura-ura bahawa Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil telah menyerahkan surat perletakan jawatan kepadanya.

Isu Perbadanan Fidlot Nasional (NFC) semakin hangat diperkatakan dan dikaitkan dengan Shahrizat selepas pembangkang mendakwa wujud penyelewengan peruntukan kerajaan berjumlah RM250 juta yang disalurkan kepada syarikat yang diterajui suaminya Datuk Seri Dr Mohamad Salleh Ismail sebagai Pengerusi Eksekutif.

Selain pembangkang, ahli parlimen dari Barisan Nasional turut mendesak agar Shahrizat melepaskan jawatan didalam kerajaan mahupun politik kerana akan menjejaskan imej dan kredibiliti Barisan Nasional dan UMNO.

Sementara itu, Shahrizat menolak tanggapan sesetengah pihak yang mahu beliau melepaskan jawatan atas dasar beliau tidak ada kena mengena dengan NFC dan bertindak profesional dari segi undang-undang.

No comments:

Post a Comment