Kesatuan Kebangsaan Wartawan Malaysia (NUJ) kutuk Utusan


Kesatuan Kebangsaan Wartawan Malaysia (NUJ) mencela Utusan Malaysia menonjolkan tajuk 'Apa Lagi Cina Mahu?' dan dua gambar perhimpunan aman orang tempatan di Taiwan dan Mid Valley Megamall di muka depan pada hari ini.

NUJM amat kecewa dengan pembentangan berita tersebut, kerana ia amat memesongkan pembaca dan berunsur provokatif, kata kenyataan media yang dikeluarkan Sekretariat NUJ hari ini.

Sebagai sebuah akhbar Melayu arus perdana, Utusan Malaysia tidak harusnya memainkan isu perkauman dan cuba menghasut ketegangan antara kaum.

"Seperti yang kita semua tahu, Umno yang manipulasikan Utusan Malaysia di belakang tabir," kata kenyataan itu.

Tapi ia bukannya akhbar parti yang hanya kepada ahli-ahli Umno, ia tidak patut dipergunakan sebagai senjata atau bahan propaganda parti politik untuk menyerang lawan politik.

Maka, NUJM mencela Utusan Malaysia menyembunyikan agenda di sebaliknya, dan tidak menjunjung etika kewartawanan, serta tidak neutral dalam melaporkan isu berkenaan.

Sebenarnya, pemimpin negara mengelar keputusan PRU13 sebagai "Tsunami Cina" adalah tidak tepat sama sekali. Malah, para pengulas politik dan statistik telah membuktikan PRU13 adalah "Tsunami Bandar" (Urban Tsunami).

Berita Utusan Malaysia ini seolah-olah mengungkitkan ketegangan hubungan antara kaum, bukan sahaja sengaja menimbulkan kecurigaan antara kaum, malahan mendalamkan salah faham antara kaum, kata kenyataan itu.

Pilihan raya merupakan satu proses demokrasi. Media sebagai alat komunikasi, harus menegakkan dan memartabatkan etika kewartawanan, melaporkan kebenaran, dan bukannya memainkan isu perkauman.

Malaysia adalah sebuah negara berbilang kaum. Semua kaum hidup dalam keharmonian, kerana kita mengamalkan sikap saling bertolak-ansur, mengambil berat dan menghormati.

NUJM mengingatkan pengusaha industri media agar menghargai semangat perpaduan dan keharmonian yang disanjungi.

Media bertanggungjawab untuk mengukuhkan perpaduan rakyat, dan bukannya menggunakan taktik kotor untuk mencapai agenda bersembunyi.

1 comment:

  1. http://malaysian-properties-iec.blogspot.com/2014/04/lawyer-firm-that-was-cheat-to-be-watch.html

    LAWYER FIRM THAT WAS A CHEAT TO BE WATCH OUT - URGED BY SAMNAK SAMBODHI BUDDHIST TEMPLE COMMITTEES

    To all Malaysians respected,

    respectfully here, we wish to inform that YIP KUM FOOK, MCA GOMBAK (YIP KUM FOOK & ASSOCIATES) and YIP JIUN HANN job as a lawyer who runs at: NO. 2A & 2B, 2ND FLOOR ROAD 53, DESA JAYA, KEPONG 52100 KUALA LUMPUR

    We are all Malaysians to take notice and far from people mentioned above because do not hit plot

    They are very nasty and black hearts (cruel), able to cheat women money, destroy families and himself consuming of Temple money, SAMNAK SAMBODHI BUDDHIST TEMPLE, NO: 19 JALAN 38 TAMAN DESA JAYA, KEPONG, KUALA LUMPUR, and pretend to report police lost receipts ......... please note

    Thank you,
    SAMNAK SAMBODHI COMMITTEES

    Please share to everyone .......

    ReplyDelete