Soi Lek tolak desakan letak jawatan segera


Presiden MCA Chua Soi Lek hari ini menolak desakan supaya meletak jawatan dengan segera, sambil menegaskan hanya akan berbuat demikian pada masa yang sesuai.

"Saya boleh memahami mereka (yang meminta saya meletak jawatan) sayangkan parti, tetapi ada juga majoriti yang mahu saya kekal.

Beliau memberitahu demikian dalam satu sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Presiden parti itu hari ini.

Chua berkata, pihaknya telah mengadakan perbincangan mengenai perkara ini dan ahli-ahli parti tahu bahawa beliau akan berundur pada masa yang sesuai apabila segala-galanya sudah pada tempatnya. MK