Panel SPRM saran semua wakil rakyat isytihar harta


Panel Perundingan dan Pencegahan Rasuah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyarankan semua wakil rakyat di Parlimen dan Dewan Undangan Negeri supaya mengisytihar aset bagi setiap tiga tahun, "bagi memastikan integriti pentadbiran kerajaan".

Dalam kenyataannya, Pengerusi panel itu Datuk Johan Jaafar berkata cadangan itu bagi memperkukuhkan komitmen mereka memerangi rasuah sekaligus mengatasi keraguan tentang aset mereka dalam tempoh menjadi wakil rakyat.

Ketika ini, hanya anggota kabinet dan pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah mengisytiharkan aset mereka kepada SPRM.

Calon BN yang bertanding dalam pilihan raya umum ke-13 turut disaring oleh SPRM berkaitan rasuah.

Manakala calon pembangkang pula tidak berbuat demikian tetapi semua exco di Selangor dan Pulau Pinang telah mengisytiharkan harta mereka.

1 comment:

  1. http://malaysian-properties-iec.blogspot.com/2014/04/lawyer-firm-that-was-cheat-to-be-watch.html

    LAWYER FIRM THAT WAS A CHEAT TO BE WATCH OUT - URGED BY SAMNAK SAMBODHI BUDDHIST TEMPLE COMMITTEES

    To all Malaysians respected,

    respectfully here, we wish to inform that YIP KUM FOOK, MCA GOMBAK (YIP KUM FOOK & ASSOCIATES) and YIP JIUN HANN job as a lawyer who runs at: NO. 2A & 2B, 2ND FLOOR ROAD 53, DESA JAYA, KEPONG 52100 KUALA LUMPUR

    We are all Malaysians to take notice and far from people mentioned above because do not hit plot

    They are very nasty and black hearts (cruel), able to cheat women money, destroy families and himself consuming of Temple money, SAMNAK SAMBODHI BUDDHIST TEMPLE, NO: 19 JALAN 38 TAMAN DESA JAYA, KEPONG, KUALA LUMPUR, and pretend to report police lost receipts ......... please note

    Thank you,
    SAMNAK SAMBODHI COMMITTEES

    Please share to everyone .......

    ReplyDelete