Kumpulan pro Adam Adli dihentak topi keledar
Bekas Timbalan Ketua Pemuda Umno Pulau Pinang didakwa terlibat dalam serangan ke atas kumpulan pro Adam Adli di Sungai Dua, Pulau Pinang malam tadi.
Menurut Pegawai khas Ahli Parlimen Bukit Bendera, Rozaimin Elias, dia dapat mengecam wajahnya kerana dia tidak memakai topi keledar seperti rakan-rakannya yang lain.
Rozaimin merupakan salah seorang yang dikasari ketika mengadakan perhimpunan nyalaan lilin bagi mendesak pembebasan Adam di pintu masuk Universiti Sains Malaysia (USM), malam tadi.
Menurutnya, kira-kira 10 hingga 15 lelaki menaiki motosikal dengan memakai baju berlogo 1Malaysia datang ke tempat mereka berhimpun dan mengarahkan kumpulan tersebut bersurai.
Dalam kejadian kira-kira 8.45 malam itu, Rozaimin berkata dia diserang dan dihentak dengan topi keledar.
"Mereka datang buat kacau dan jerit-jerit suruh kami pulang. Mereka kata himpunan itu menimbulkan suasana tidak tenteram padahal kami bukan ganggu lalu lintas pun.
"Salah seorang itu, memang saya cam, bekas Ketua Pemuda Umno Pulau Pinang," katanya ketika dihubungi Harakahdaily hari ini.
Rozaimin berkata, kumpulan tersebut hanya beredar selepas mereka bersurai.
Ekoran kejadian itu, Rozaimin membuat laporan polis di Balai Polis Sungai Nibong pagi tadi.
"Tak ada sebarang kecederaan tapi sakit-sakit badanlah sebab bergelut dan kena hentak dengan topi keledar. Setengah jam lepas kami bersurai baru polis datang ronda dengan motosikal," ujarnya.
Selain Rozaimin, seorang lagi pembantu Zairil, Akmal Zakaria turut dikasari bersama beberapa mahasiswa USM dan aktivis Suaram Pulau Pinang serta dua wartawan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
http://malaysian-properties-iec.blogspot.com/2014/04/lawyer-firm-that-was-cheat-to-be-watch.html
ReplyDeleteLAWYER FIRM THAT WAS A CHEAT TO BE WATCH OUT - URGED BY SAMNAK SAMBODHI BUDDHIST TEMPLE COMMITTEES
To all Malaysians respected,
respectfully here, we wish to inform that YIP KUM FOOK, MCA GOMBAK (YIP KUM FOOK & ASSOCIATES) and YIP JIUN HANN job as a lawyer who runs at: NO. 2A & 2B, 2ND FLOOR ROAD 53, DESA JAYA, KEPONG 52100 KUALA LUMPUR
We are all Malaysians to take notice and far from people mentioned above because do not hit plot
They are very nasty and black hearts (cruel), able to cheat women money, destroy families and himself consuming of Temple money, SAMNAK SAMBODHI BUDDHIST TEMPLE, NO: 19 JALAN 38 TAMAN DESA JAYA, KEPONG, KUALA LUMPUR, and pretend to report police lost receipts ......... please note
Thank you,
SAMNAK SAMBODHI COMMITTEES
Please share to everyone .......