Kerajaan Pulau Pinang akan membentuk suruhanjaya peringkat negeri bagi menyiasat dakwaan salah laku pilihan raya dalam pilihan raya umum ke-13 pada 5 Mei lalu.
Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng berkata, beliau sudah mendapatkan pandangan pakar perlembagaan Tommy Thomas berhubung perkara itu dan disaran meneruskan suruhanjaya dengan "terma rujukan yang luas" jika mahu membentuknya.
Lim akan membentangkan cadangan itu dalam mesyuarat exco pertama untuk penggal ini esok.
"Kami akan lakukannya sejarar dengan laporan kepada polis, SPR (Suruhanjaya Pilihan Raya) dan SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia).
"Kami tidak yakin sangat dengan agensi ini, itulah sebabnya timbulnya idea suruhanjaya siasatan itu," kata Lim dalam sidang media di Komtar hari ini (semalam). MK