NGO tetap teruskan himpunan esok


Gabungan NGO "Suara Rakyat 505" akan tetap meneruskan himpunanmereka esok biarpun ramai pimpinan Pakatan Rakyat mula ditangkap sejak semalam.

Penggerak utama himpunan itu, Solidariti Anak Muda Malayisa (SAMM) menegaskan, mereka tetap bertekad untuk memastikan himpunan mencapai matlamat, walaupun terpaksa berdepan dengan penangkapan.

Koordinator NGO itu, Badrul Hisham Shaharin berkata, siri penangkapan terbaru tiga pemimpin dan aktivis rakyat dan seorang aktivis mahasiswa merupakan tindakan terdesak untuk menutup suara rakyat.

"Negara seolah-olah berada dalam keadaan 'belum merdeka' ketika mereka yang bersuara bercakap benar disumbatkan ke dalam lokap seterusnya didakwa atas akta yang sepatutnya telah dimansuhkan.

"Ini bukti kegagalan transformasi Najib, ketika kerajaan yang ada hari ini tidak punya sokongan majoriti," katanya dalam satu kenyataan.

Menurutnya lagi, peristiwa penangkapan hari ini mengingatkankepada bagaimana penceroboh Sulu contohnya, diberi layanan dan masa yang selesa tetapi rakyat sendiri dilayan umpama penjenayah besar.

"Sesungguhnya rakyat tidak sedia ditipu lagi dalam 5 tahun akan datang, tetapi rakyat sedia untuk memperjuangkan tuntutan demokrasi bila-bila masa dari sekarang," katanya sambil menyeru rakyat hadir 25 Mei ini.

Himpunan tersebut dijadual berlangsung di Padang Timur (Amcorp Mall) bermula jam 5 petang sehingga malam. HD

2 comments:

  1. 尊敬的女士, 先生们
    马华鹅麦主席叶金福律师办事处(Taman Desa Jaya, Kepong) 是欺骗女人的办事处,吃寺庙钱的律师......
    请女士, 先生们,莫得到欺骗

    Please share to everyone.....

    ReplyDelete
  2. http://malaysian-properties-iec.blogspot.com/2014/04/lawyer-firm-that-was-cheat-to-be-watch.html

    LAWYER FIRM THAT WAS A CHEAT TO BE WATCH OUT - URGED BY SAMNAK SAMBODHI BUDDHIST TEMPLE COMMITTEES

    To all Malaysians respected,

    respectfully here, we wish to inform that YIP KUM FOOK (YIP KUM FOOK & ASSOCIATES) and YIP JIUN HANN job as a lawyer who runs at: NO. 2A & 2B, 2ND FLOOR ROAD 53, DESA JAYA, KEPONG 52100 KUALA LUMPUR

    We are all Malaysians to take notice and far from people mentioned above because do not hit plot

    They are very nasty and black hearts (cruel), able to cheat women money, destroy families and himself consuming of Temple money, SAMNAK SAMBODHI BUDDHIST TEMPLE, NO: 19 JALAN 38 TAMAN DESA JAYA, KEPONG, KUALA LUMPUR, and pretend to report police lost receipts ......... please note

    Thank you,
    SAMNAK SAMBODHI COMMITTEES

    Please share to everyone .......

    ReplyDelete