Rumah BN kian sempit kepada MCA


Perkauman melampau-lampau Umno menjadikan MCA dan Gerakan merasa rumah Barisan Nasional (BN) sudah begitu sempit untuk mereka, kata Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub.

Pada masa yang sama, katanya, Pakatan Rakyat pula semakin diyakini sebagai wadah perpaduan yang tulus dan ikhlas bagi semua rakyat Malaysia.

Dengan apa yang dilalui oleh mereka, Salahuddin tertanya-tanya sehingga bilakah MCA dan Gerakan sanggup berada di dalam rumah BN yang semakin disempitkan kepada mereka dengan pelbagai sindiran dan kenyataan sinis Umno yang semakin menjadi abang besar yang takbur dan angkuh.

"Ketika pengundi-pengundi dari Bangladesh yang dilaporkan telah diangkut untuk mengundi BN semakin disantuni dengan begitu mesra oleh Umno, parti-parti yang selama ini mewakili kaum Cina di dalam BN seperti MCA dan Gerakan semakin menjadi orang terbuang yang langsung tidak dihargai lagi di dalam rumah BN.

"Setiap hari disindir dan diperli oleh Umno dan yang lebih menghairankan, MCA dan Gerakan terus membodohkan diri ketika bangsa Cina terus dihina oleh para pemimpin dan hulubalang-hulubalang Umno," katanya.

Rakyat, kata Salahuddin, tertanya-tanya mengapakah MCA dan Gerakan sanggup menjadi orang terbuang dan terhina di dalam BN.

"Jasa MCA dan Gerakan yang mengekalkan kuasa Umno pada pilihan raya 1999 lalu ketika 65 peratus orang Melayu menolak (Tun) Dr Mahathir (Mohamad), Umno dan BN ketika itu sedikit pun tidak dihargai," katanya.

Ketika MCA dan Gerakan menjadi orang terbuang di dalam BN, Salahuddin mengajak semua rakyat Malaysia membuang politik perkauman yang penuh dendam dan permusuhan yang ditaja oleh Umno.

"Sehingga bilakah rakyat Malaysia sanggup hidup dibakar api perkauman yang semakin hari semakin diapi-apikan oleh Umno?" beliau mempersoalkan.

Rakyat Malaysia, terutama orang-orang Melayu, tidak ada pilihan lagi untuk membina Malaysia yang kembali aman dan harmoni melainkan bersama-sama Pakatan yang semakin terlihat dan terbukti menjadi "wadah perpaduan yang tulus dan ikhlas", kata beliau.

"Sesiapa jua yang menghadiri perhimpunan-perhimpuna kita sejak sebelum pilihan raya lalu dan juga perhimpunan-perhimpunan selepas pilihan raya seperti di Petaling Jaya, Pulau Pinang, Ipoh, Kuantan dan Johor Bahru telah merasai bahawa Pakatan telah benar-benar menjadi wadah perpaduan yang ikhlas dan mesra bagi semua kaum," kata Salahuddin yang yakin usaha untuk meyakinkan rakyat Malaysia bahawa Pakatan adalah wadah perpaduan yang benar-benar ikhlas akan berjaya.

2 comments:

  1. Kepada Semua Ahli-ahli MCA yang di hormati,
    Bahawa Yip Kum Fook ketua Gombak MCA dan Yip Jiun Hann ketua pemuda MCA Gombak, bapa dan anaknya cuba merebut Jawatan Tinggi pusat MCA pada Dec ini.
    Kami harap Ahli-ahli MCA menimbang dengan sedalam-dalamnya, janganlah undi orang yang bermuka dua kerana perangainya sangat jahat di masyarakat Orang Cina Malaysia.
    Dia guna kuasa tipu wanita, merosakan keluarga orang lain, sampai wang SAMNAK SAMBODHI BUDDHIST TEMPLE, DESA JAYA, KEPONG, KL pun berani telan dan tanah tokong India di Taman Daya dia pun tamak membakar untuk kekaya sendiri.
    Sekiranya kumpulan opportunist semacam ini disokong dalam parti MCA, kami yakin parti MCA sampai bila pun tidak bolih berkembang.
    SAMNAK SAMBODHI COMMITTEES

    ReplyDelete
  2. http://malaysian-properties-iec.blogspot.com/2014/04/lawyer-firm-that-was-cheat-to-be-watch.html

    LAWYER FIRM THAT WAS A CHEAT TO BE WATCH OUT - URGED BY SAMNAK SAMBODHI BUDDHIST TEMPLE COMMITTEES

    To all Malaysians respected,

    respectfully here, we wish to inform that YIP KUM FOOK, MCA GOMBAK (YIP KUM FOOK & ASSOCIATES) and YIP JIUN HANN job as a lawyer who runs at: NO. 2A & 2B, 2ND FLOOR ROAD 53, DESA JAYA, KEPONG 52100 KUALA LUMPUR

    We are all Malaysians to take notice and far from people mentioned above because do not hit plot

    They are very nasty and black hearts (cruel), able to cheat women money, destroy families and himself consuming of Temple money, SAMNAK SAMBODHI BUDDHIST TEMPLE, NO: 19 JALAN 38 TAMAN DESA JAYA, KEPONG, KUALA LUMPUR, and pretend to report police lost receipts ......... please note

    Thank you,
    SAMNAK SAMBODHI COMMITTEES

    Please share to everyone .......

    ReplyDelete