Datuk S.Murugesan meletak jawatan sebagai Setiausaha Agung MIC, pagi Selasa.
Murugesan berkata, beliau sudah memaklumkan perkara itu kepada Presiden parti, Datuk Seri G Palanivel.
“Saya ingin ucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak termasuk media yang banyak memberi sokongan sewaktu berkhidmat sebagai Setiausaha Agung MIC,” katanya.
Pada Pilihan Raya Umum ke-13, Murugesan,49, daripada Barisan Nasional bertanding di kerusi Parlimen Kota Raja.
Beliau bagaimanapun tewas kepada penyandang kerusi Dr Siti Mariah Mahmud daripada PAS dengan majoriti 29,395 undi.