Lebih 30000 hadiri perhimpunan Blackout 505 di JB

Kawasan terbuka dekat cabang PKR Puteri Wangsa berhampiran Ulu Tiram sesak dengan lebih 30,000 orang menghadiri perhimpunan kelima Black 505 Pakatan Rakyat yang berlangsung di Johor Bahru.

Selepas perhimpunan mega di Petaling Jaya, Pulau Pinang, Ipoh
dan Kuantan, perhimpunan malam tadi yang bertukar tempat ekoran bantahan pihak polis, telah menarik kehadiran ramai golongan muda yang tidak berpuas hati dengan keputusan pilihan raya umum ke-13.

Pihak penganjur berkata, kira-kira 100 anggota polis hadir memantau tetapi tidak campur tangan sewaktu perhimpunan selama empat jam itu.

Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang tampil pada kira-kira 10 malam sejurus sebelum perhimpunan selesai, berkata beliau tidak akan meletak jawatan atau bersara kerana mendapat sokongan majoriti rakyat.

Beliau bertanya di mana ada negara di dunia di mana seorang pemimpin mendapat 47 peratus undi popular dan mentadbir negara.

Dengan penuh bersemangat, Anwar memberitahu perhimpunan
itu bahawa beliau tidak meletak jawatan kerana mendapat 51 peratus undi popular dan mendakwa telah dinafikan kemenangan kerana penipuan.

Penganjur kemudiannya mengangar kira-kira 60,000 menghadiri perhimpunan tersebut.

Sementara itu, Ketua Pemuda DAP yang juga ADUN Mengkibol, Tan Hong Pin menggesa hadirin memikirkan apakah peranan yang boleh mereka mainkan dalam proses pembaharuan pilihan raya.

Ketika dihubungi Malaysiakini, Tan berkata, beliau menggesa penyokong untuk tidak berputus asa kerana misi di hadapan mereka adalah lebih besar.

Sesetengah kereta mereka yang menghadiri perhimpunan itu dilaporkan dirosakkan, menurut Ahli Parlimen Kulai, Teo Nie Ching di laman Facebook.

Katanya beliau balik dari perhimpunan Black 505 itu dengan selamat, tetapi mendakwa ada kereta yang disembur dengan asid, termasuk kereta salah seorang ahli DAP di Kulai yang meletakkan keretanya 1km dari tempat perhimpunan. MK

1 comment:

  1. DATUK YIP KUM FOOK always use the police to harass Buddhist monks at SAMNAK SAMBODHI BUDDHIST TEMPLE because he thinks and he is a very powerful Buddha in the world...he does not think, where is he from, we know very well where you came from....you are my same place but I don't want to mention more about you because you are very dirty in Taman Desa Jaya, Kepong

    DATUK YIP KUM FOOK is a furniture lorry driver in Taman Daya, Kepong, later went into furniture business and joined the MCA political party there as MCA chairman in Taman Daya....and cheated people everywhere in Kepong area until everyone knew him, after changing place to become chairman of MCA Gombak, people soon found out, then he appointed his son (Lawrence Yip) as chairman of MCA Gombak until today.

    Now many people don't like this Datuk Yip Kum Fook for insulting the Sangha (Buddhist monks), now when you mention MCA, they will reject those words...Datuk Yip Kum Fook is the president of Samnak Sambodhi Buddhist Temple and his house near the temple, why? He can do bad things for Buddhist monks, this is not shameful

    We hope everyone cooperate and one mind to stay away from Datuk Yip Kum Fook, if you go close to him, you will know what is happening

    Share by Mr. Lim

    ReplyDelete