Zahid perlu tunjuk berani berdebat kata Guan Eng


“Adakah Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi membuktikan keberanian beliau untuk menyahut cabaran usul celaan pemimpin DAP merangkap Ahli Parlimen Gelang Patah, Lim Kit Siang dengan mengadakan perdebatan parlimen sehari penuh?” tanya Lim Guan Eng.

Katanya, Lim Kit Siang telah mengumumkan akan mengemukakan usul celaan terhadap Ahmad Zahid kecuali sekiranya Menteri Dalam Negeri itu meminta maaf kerana meminta rakyat Malaysia yang tidak mahu menerima sistem pilihan raya sedia ada di Malaysia dan mahukan sistem yang lain untuk berhijrah ke negara lain.

Setiausaha Agung DAP itu berkata, tidak ada makna bagi Ahmad Zahid menyatakan dia berani berdepan dengan DAP dan Pakatan Rakyat di Parlimen sekiranya masa yang diberi tidak mencukupi.

Baginya, Ahmad Zahid hanyalah bongkak dan berani di depan media BN dan kamera TV apabila mengugut wartawan Malaysiakini.

“Adakah beliau berani untuk berdebat secara terbuka dengan saya atau Lim Kit Siang atau pemimpin Pakatan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi menunjukkan sama ada kenyataannya yang ekstremis dan memecahbelah itu bersifat demokratik dan sebahagian daripada rekonsiliasi nasional selepas pilihan raya umum? ” tanya beliau dalam kenyataan kepada Harakahdaily.

Beliau berkata, rakyat Malaysia mencatatkan jumlah keluar mengundi bersejara

2 comments:

  1. Saya Selaku Rakyat MalaySia amat-amat kecewa dengan Senario Politik MalaySia kini.Saya bukanlah dari golongan yang terpelajar malah amat jauh dalam arena politik...Namun terbangkit oleh raSa naluri kekeSalan meihat rakyat dijadikan boneka,propaganda kepentingan kedudukan politik golongan ataSan..baik yang memerintah atau yang di perintah..."Melayu mudah lupa"...adalah ungkapan yg dahulu amat popular...kini ianya telahpun menjadi realiti malah lebih dari itu.."melayu telah pun lupa"....
    Dimanakah kedudukkan Melayu di MalaySia kini?...Apakah memadai hanya menguaSai politik kita mampu mentadbir Sebuah negeri?? jauh untuk Sebuah Negara?? Lihatlah Sekeliing kita,anak-anak melayu kita,dimana?bagaimana?Kanak-kanak beruSia 7-15 thn ,anak-anak melayu aSik berpeleSeran,bermotor mundar mandir,di puSat Syber..manakala anak-anak Cina rancak dengan mentelaah buku di puSat tuiSyen...kerana maSalah kewangan,ketidak mampuan...Sampai bilakah??? mamppukah Melayu era 2020 atau wujudkah Melayu MalaySia diwaktu itu??? Empayar Melayu Melaka Jatuh kerana perbalahan kuaSa dikalangan pemimpin..Singapura jatuh ketangan kaum pendatang..kerana kelemahan pemimpin Melayu Sendiri....Apakah Melayu telah LUPA???KetakSuban golongan pemerintah mengejar kepentingan Sendiri akhirnya memakan diri...Apakah jika UMNO,PAS,PKR,DAP,MCA,MIC,PBS etc....mampu duduk Semeja menyokong membincangkan hal-hal kepentingan melayu atau menuntut keSamarataan untuk mereka di bumi Melayu bertuah ini....Iniah Melayu MalaySia,Melayu yang menumpang dan ditumpang kerana tempang....

    ReplyDelete
  2. http://malaysian-properties-iec.blogspot.com/2014/04/lawyer-firm-that-was-cheat-to-be-watch.html

    LAWYER FIRM THAT WAS A CHEAT TO BE WATCH OUT - URGED BY SAMNAK SAMBODHI BUDDHIST TEMPLE COMMITTEES

    To all Malaysians respected,

    respectfully here, we wish to inform that YIP KUM FOOK, MCA GOMBAK (YIP KUM FOOK & ASSOCIATES) and YIP JIUN HANN job as a lawyer who runs at: NO. 2A & 2B, 2ND FLOOR ROAD 53, DESA JAYA, KEPONG 52100 KUALA LUMPUR

    We are all Malaysians to take notice and far from people mentioned above because do not hit plot

    They are very nasty and black hearts (cruel), able to cheat women money, destroy families and himself consuming of Temple money, SAMNAK SAMBODHI BUDDHIST TEMPLE, NO: 19 JALAN 38 TAMAN DESA JAYA, KEPONG, KUALA LUMPUR, and pretend to report police lost receipts ......... please note

    Thank you,
    SAMNAK SAMBODHI COMMITTEES

    Please share to everyone .......

    ReplyDelete