Timbalan Presiden PKR Azmin Ali menafikan beliau bergeser dengan Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim dan menyifatkan dakwaan berkaitan sebagai "fitnah jahat".
Sebaliknya, kata anggota parlimen Gombak itu, beliau sentiasa menyokong kepimpinan Abdul Khalid yang menurutnya dilihat menunjukkan prestasi baik.
"Ada yang kata timbul konflik, itu satu fitnah jahat. Sebenarnya tidak timbul sebarang pergeseran pun, sama ada di peringkat pusat mahupun negeri," katanya di Kota Bharu semalam, lapor Sinar Harian.
Azmin (kiri) sebaliknya dilapor mendakwa isu itu sengaja dimainkan Umno yang disifatkannya terdesak kerana cuba melagakannya dengan Abdul Khalid menerusi akhbar sejak empat tahun lalu.
"Umno cuba dan mereka gagal sehingga kini dan saya ucapkan good luck (selamat berjaya) kepada mereka," katanya.
Azmin sebelum ini dikaitkan dengan desakan supaya setiausaha politik kepada Khalid - Faekah Husin - disingkirkan daripada pejabat menteri besar.
Situasi yang disifatkan media sebagai "ribut pejabat MB" itu bermula dengan kempen menggunakan tag #pecatfaekah dan #kamisayangpkrdi Twitter itu memaksa PRK Selangor menggesa Datuk Seri Anwar Ibrahim campur tangan.
No comments:
Post a Comment