Presiden Jalur Tiga (Jati), Datuk Dr Hasan Mohamed Ali mengajak ahli PKR dan Pas menolak kedua-dua parti itu setelah akidah Ketua Umum Pakatan Rakyat (PR), Datuk Seri Anwar Ibrahim dikatakan terpesong serta matlamat Pas jauh menyimpang dari tujuan asal penubuhannya.
Hasan berkata, mustahil seorang bermasalah dilantik menjadi pemimpin kerana dikhuatiri mampu menjejaskan akidah pengikutnya. “Saya gesa ahli Pas dan PKR buat keputusan, jangan sampai akidah tergadai kerana sekarang penggadaian akidah sedang berlaku.
“Saya orang bertanggungjawab pegang portfolio agama dalam Kerajaan Negeri Selangor suatu ketika dahulu, tetapi tidak dapat laksana tugas membendung masalah itu kerana tidak dipersetujui PR),” katanya ketika berucap pada Ceramah Pemantapan Pegangan Akidah Islam, Jangan Sampai Akidah Tergadai di Taman Bakti, malam kelmarin.
Hadir sama, bekas Ketua Penerangan Pas Selangor, Hassan Basri dan Ketua Umno Bahagian Rantau Panjang, Datuk Abdullah Mat Yasim.
No comments:
Post a Comment