PAS negeri Johor akan melancarkan program Gelombang Hijau Menuju Ke Putrajaya di sini dan di Muar pada Sabtu, 16 Jun ini dengan penyampaian amanat penting Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.
Program ini sebagai lanjutan dari Himpunan Hijau Ke Putrajaya di Alor Star 1 Jun lalu. Program tersebut terbahagi kepada tiga segmen seperti berikut:
Pada jam 11 pagi hingga 3.00 petang, 16 Jun: Jamuan Rakyat bersama Pemimpin Pakatan Rakyat di nombor 79 Jalan Besar Tongkang Pechah, Batu Pahat. Tetamunya, Abdul Hadi, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Lim Kit Siang. Kupon menyertainya berharga RM10.00 dijual.
Menyusul ialah program Hi-Tea bersama Presiden PAS pada jam 4.30 hingga 6.30 petang, di KM 9 Kampung Sungai Terap Jalan Bukit Pasir, Muar. Turut hadir Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub.
Pada sebelah malamnya, ‘Munajat dan Ceramah Perdana’ di Nombor P17 Kampung Parit 2 Sagil, Ledang. Penceramah: Datuk Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang, Haji Salahuddin Ayub dan Pesuruhjaya PAS, Johor, Datuk Dr Haji Mahfodz Mohamed.
PAS negeri Johor mengharapkan semua ahli dan penyokong supaya menghadiri program tersebut dan menangguhkan semua program lain yang telah dirancang sebelum ini. Sementara itu, Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Nik Abd Aziz bin Nik Mat akan berada di Johor dan akan menyampaikan ceramahnya pada 29 Jun.
Semua program PAS di negeri Johor ini adalah dalam rangka bersiapan PAS negeri Johor untuk menghadapi pilihan raya akan datang di mana PAS bersama Pakatan Rakyat negeri Johor dilihat mempunyai potensi besar untuk menang di negeri tersebut.
No comments:
Post a Comment