Veteran Umno, Datuk Tamrin Ghafar mengajak rakyat negara ini menghijaukan Malaysia kerana warna merah yang menjadi kebanggaan Umno tidak releven lagi untuk memerintah.
Sikap kepimpinan negara yang terlalu boros, ego dan kurang turun ke padang membuatkan rakyat terlalu muak untuk memilih Umno sekali lagi pada pilihanraya umum ke 13 nanti.
"Tanda merah dan lumpuh. Marilah kita hijaukan Malaysia dengan kasih sayang, niat suci dan bertekad akan jatuhkan Umno dan BN pada pilihanraya umum ke 13, " ujarnya ketika berceramah di Padang Awam, Kampung Jarak Atas, Tasek Gelugor semalam.
Walaupun dirinya masih berada dalam Umno namun jiwanya tidak lagi suka sepertimana dulu bekerja untuk meninggikan kepentingan Umno dan kepimpinanya.
Hari ini peluang untuk Umno menang agak tipis maka tiada jalan lain bergeraklah tinggalkan parti yang bakal ranap di telan arus masa.
"Saya masih Umno tapi Umno saya dah makin hilang, " terangnya di sambut laungan takbir dari hadirin.
Sambung Tamrin, rakyat terus ditipu apabila sukar untuk mendapatkan pinjaman tetapi begitu mudah memberikan peluang kepada kroni mereka tanpa mengikut peraturan sepertimana diberikan kepada suami Ketua Wanita Umno, Datuk Seri Sharizat Jalil untuk menguruskan ladang ternakan lembu secara besar besaran.
Anak dan suaminya dihadiahkan projek yang besar sedangkan keuntungan untuk kerajaan tiada langsung. Ia semata-mata umpama habuan percuma.
"Sudah sampai masanya rakyat ubah kerajaan yang sah gagal urus tadbir pemerintahan dengan telus, " katanya. Tamrin yang berceramah bersama Timbalan Presiden PAS, Haji Mohamad Sabu.
Beliau memuji langkah yang dibuat oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang pimpinan Lim Guan Eng kerana menambah peruntukan untuk Majlis Agama Islam, Sekolah Agama Rakyat (SAR) serta Guru Kelas Fardhu Ain (KAFA) yang sebelum ini dipandang sepi oleh BN.
Bila kerajaan negeri berjaya tingkatkan pendapatan guru KAFA, menambah infrastruktur SAR serta pertambahan peruntukan kepada Maipp ada pihak yang tidak puas hati melemparkan berbagai fitnah yang tidak berasas, katanya.
Mereka sanggup melemparkan fitnah kononnya Lim Guan Eng berlakun untuk mendapatkan undi melayu.
Parti Tindakan Demokratik (DAP) ingin menjadikan Negara Malaysia negara kristian dan sebagainya. "Orang Melayu jangan termakan dakyah jahat Umno yang tidak mahu melihat negara ini berpindah tangan menjadi lebih baik.
"Pakatan Rakyat boleh mentadbir sepertimana yang dilakukan di negeri yang dimenangi pada pilihanraya umum 2008, " kata beliau di majlis anjuran PAS Kawasan Tasek Gelugor itu.
Pada majlis yang sama Timbalan Presiden PAS, Haji Mohamad Sabu merasmikan Kebajikan Rangkaian Bekas Angkatan Tentera (KERABAT) Parlimen Tasek Gelugor bersama Presiden KERABAT Malaysia, Kol (B) Haji Nazari Haji Mokhtar.
No comments:
Post a Comment