Datuk Seri Anwar Ibrahim mempersoalkan sama ada peningkatan subsudi oleh kerajaan persekutuan benar-benar memberi manfaat kepada rakyat atau hanya menguntungkan syarikat kroni.
Ketua pembangkang merujuk kepada peningkatan subsidi bahan api, tol dan gula yang melambung beberapa kali dalam peruntukan tambahan belanjawan.
Bercakap dalam sidang media di lobi Parlimen, Anwar membangkitkan pemberian subsidi gula kepada pengeluar, subsidi tol kepada pengendali dan subsidi minyak kepada syarikat besar termasuk, Stesen Janakuasa Bebas (IPP).
Tiada satu daripadanya diperoleh langsung oleh rakyat, hujah Anwar lagi. Terdahulu dalam Dewan Anwar, Anwar mengecam tindakan mengadakan belanjawan tambahan untuk setiap sesi Parlimen.
No comments:
Post a Comment