NSTP diarah bayar RM100,000 pada Anwar

Mahkamah Tinggi mengarahkan NSTP membayar gantirugi RM100,000 kepada Anwar berhubung penyiaran artikel berunsur fitnah itu. Mahkamah juga memerintahkan syarikat media itu membayar kos RM20,000 kepada Ketua Umum KEADILAN itu.

Sebelum itu, mahkamah memutuskan bahawa NSTP telah memfitnah Anwar dalam artikel yang disiarkan dalam akhbar NST pada 2 Mac 2002. Artikel tersebut yang bertajuk ‘Anwar’s link to US lobbyist’ mendakwa Ketua Pembangkang itu menyorok RM3 bilion dalam akaun asing dan mempunyai hubungan dengan kepentingan barat.

Artikel itu berdasarkan kepada satu lagi artikel – ‘The Bush Administration’s dubious envoy to Taiwan’ – yang disiarkan dalam edisi Mac 2000 majalah mingguan politik New Republic.

Dalam keputusannya, Pesuruhjaya Kehakiman, Datuk Harminder Singh Dhaliwall dipetik berkata, NSTP tidak boleh menyandarkan pembelaannya atas alasan kelayakan terhad kerana artikel tersebut berniat jahat dan lebih daripada sekadar menerbitkan semula artikel majalah New Republic.

Oleh itu, katanya, mahkamah mendapati artikel tersebut berunsur fitnah dan defenden perlu membayar gantirugi kepada Anwar.

No comments:

Post a Comment