Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mempertahankan langkah mengadakan pilihan raya ketika musim haji dengan alasan, perkara seperti itu pernah dijalankan sebelum ini.
Katanya pilihan raya ketika musim haji itu pernah diadakan sebelum ini.
"Saya takkan terikat pada apa-apa desakan pada PAS dan pemimpinnya. Dalam sejarah kita, kita pernah buat pilihan raya masa musim haji.
"Musim haji pernah diadakan masa (seorang bekas perdana menteri) pada tahun 86 atau 82," katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi Umno petang ini.
Pada ketika itu, seorang anggota jawatakuasanya dicalonkan dalam pilihan raya tersebut.
Namun calon berkenaan tidak dapat dihubungi kerana berada di Mekah pada waktu itu.
"Jadi bila dia balik, dia terimalah hakikat bahawa dia tidak dapat jadi wakil rakyat," katanya.
Dalam pada itu beliau turut mengambil peluang untuk menyindir timbalan presiden PAS Mohamad Sabu yang memintanya bertanggungjawab sekiranya pilihan raya umum diadakan pada waktu itu.
"Dia lebih daripada Tuhan tentukan soal dosa dan pahala. Sebab kita tak sekat sesiapa nak pergi haji. Dia (orang nak pergi haji) pergi haji, pergilah.
"Dan itu mesti diutamakan bukan soal apa-apa urusan lain termasuk pilihan raya. Kalau dah buat ketetapan nak tunai haji, kita mesti teruskan," kata Najib.
No comments:
Post a Comment