Masa depan cerah menanti jika BN terus memimpin kata Najib

Datuk Seri Najib Tun Razak berkata Barisan Nasional (BN) mampu untuk memenuhi aspirasi golongan muda yang mencari peluang untuk kemajuan dan kehidupan yang lebih berkualiti.

Perdana menteri berkata di bawah BN, masa depan yang lebih baik menanti mereka serta rakyat Malaysia keseluruhannya.

Beliau menegaskan BN telah membuktikan bahawa ia boleh memberikan apa yang rakyat mahukan untuk negara ini melalui pelaksanaan agenda transformasi kerajaan.

Tahap kepercayaan dan keyakinan rakyat terhadap kerajaan telah meningkat ekoran kejayaan pelaksanaan dasar transformasi negara, kata Najib dalam perbualan selama sejam dengan orang ramai melalui sesi sembang NSTlive pada laman web NST hari ini.

"Saya mendapat galakan daripada respons yang saya terima secara langsung daripada rakyat terutama semasa kunjungan-kunjungan saya yang tidak terhitung ke seluruh negara," katanya.

No comments:

Post a Comment