Pas telah menyelesaikan lebih 90 peratus masalah berhubung calon yang bakal bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) akan datang, kata Presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
Bercakap dalam sidang media selepas merasmikan Himpunan Hijau ke Putrajaya Peringkat Selangor di sini hari ini, beliau berkata masalah calon berkenaan melibatkan keseluruhan kawasan Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (Dun).
Ditanya sama ada akan berlaku perubahan besar atau sebaliknya pada senarai calon parti itu yang akan bertanding, Hadi berkata ia hanya akan dimaklumkan pada hari penamaan calon.
Mengenai perkembangan terkini persiapan PRU13, Abdul Hadi berkata Pas telah bersiap sedia sejak tahun lepas.
"Oleh kerana kita tidak tahu tarikh PRU kita terpaksa bersiap sedia sebaik saja diwar-warkan pilihan raya akan diadakan pada bila-bila masa, bahkan Pas sudah bersedia sejak tahun lepas. "Hari ini (Pas) lebih bersedia lagilah," katanya.
No comments:
Post a Comment