PAS terus menyuarakan kebimbangannya berhubung kemungkinan Datuk Seri Najib Razak mengadakan pilihan raya umum pada musim haji, dengan menyifatkan tindakan itu, jika dilakukan, adalah pengkhianatan" kepada Islam.
"Kalau Najib putuskan buat piihan raya masa musim haji, Najib adalah pengkhianat kepada Islam dan umat Islam," kata Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali.
Menurutnya, tindakan itu jika dilaksanakan adalah penafian hak mengundi buat lebih 30,000 umat Islam yang dijangka menunaikan ibadah tersebut pada masa itu.
"Kalau 30,000 kita ambil purata (daripada) 100 kerusi Parlimen, sudah ada kira-kira 300 pengundi yang boleh memberikan 'warna' berlainan (bagi setiap kerusi)," katanya dalam sidang media di ibu pejabat PAS di Kuala Lumpur pagi ini.
Najib semalam tidak menolak kemungkinan pilihan raya umum akan berlangsung pada musim haji kerana ia pernah berlaku sebelum ini.
No comments:
Post a Comment