Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Nazri Aziz menggelar Ahli Parlimen bebas, Datuk Ibrahim Ali sebagai "penipu" - dan memuji kejayaannya "mencuri" satu kerusi Parlimen dari PAS.
"Dia seorang penipu, kerana (berjaya) menipu PAS (untuk dapatkan kerusi)," kata Nazri sewaktu sesi soal jawab Parlimen.
Kenyataan itu dibuatnya selepas bersetuju dengan kritikan Ibrahim terhadap himpunan BERSIH 3.0 yang berlangsung pada 28 April.
Kenyataan Nazri menimbulkan kekecohan di antara ahli parlimen PAS menyebabkan Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad berdiri untuk membidas Nazri.
Khalid menegaskan jika Nazri menggelar Ibrahim "penipu" yang membohongi rakyat, maka mereka sepatutnya tidak perlu mempercayai apa-apa sahaja yang diucapkan Ibrahim.
No comments:
Post a Comment