PKR mendakwa ejen yang dikenal pasti berhubung dakwaan membeli wakil rakyat mereka sebenarnya ditawarkan komisen yang jauh lebih tinggi dari RM2 juta.
Ahli Parlimen Indera Mahkota, Azam Ismail berkata, komisen yang diterima ejen tersebut mencecah 200 hingga 300 peratus lebih tinggi daripada harga yang ditawarkan.
“Saya percaya, penerima komisen ini mendapat keuntungan yang lebih besar dan mereka sememangnya orang yang jahat dan tidak boleh dipercayai.
“Mereka sanggup berbuat apa sahaja untuk meraih keuntungan yang tinggi walaupun dengan cara yang paling kotor,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.
Sebelum ini, bekas Ketua Kita Kedah, Zamil Ibrahim dan Presiden Jaringan Melayu Malaysia, Azwanddin Hamzah didakwa ejen Barisan Nasional (BN), seperti dalam pendedahan video 30 saat yang menunjukkan empat individu sedang berbincang di sebuah restoran berhampiran ibu kota.
Sehubungan itu, menurut Azan lagi, PKR akan tampil mendedahkan rakaman video yang akan mengejutkan semua pihak.
No comments:
Post a Comment