Debat PAS vs UMNO : Siapa Sesat?

Sekian lama wujud persengketaan antara PAS-Umno dalam arena politik Melayu Islam di Malaysia. Tuduh-menuduh, kafir-mengkafir, sesat-menyesat antara Umno dengan PAS sudah bukan menjadi rahsia lagi.

Terkini, timbul kembali isu lama “undi PAS masuk syurga”. Sebelum itu timbul isu “PAS - Parti Ajaran Sesat”, malah Umno melalui Ulama Muda Umno (ILMU) mengadakan beberapa siri penerangan atas tajuk ini - PAS - PArti Ajaran Sesat. Ini tidak masuk isu “Amanat Haji Hadi”, Memali dan lain-lain yang cuba diangkat kembali ole ILMU melalui Ustaz Fathul Bari.

Atas keinsafan ini, Pemuda PAS Gombak menganjurkan satu wacana debat di antara PAS melalui Pemuda PAS Gombak serta Umno melalui Sekretariat Ulama Muda Umno (ILMU).

Objektif:
Menyediakan platform kepada PAS yang diwakili Pemuda PAS Gombak dan Umno yang diwakili Sekretariat Ulama Muda Umno (ILMU) untuk memberi penjelasan isu-isu berkaitan.
Memberi peluang kepada kedua-dua belah pihak untuk memberi penjelasan terbuka kepada masyarakat tentnag isu "PAS - Parti Ajaran Sesat"
Menjadi medan muzakarah terbuka bagi kedua-dua belah pihak.
Format:
Debat (Rujuk Lampiran 1)

Tajuk:
PAS vs UMNO ; Siapa Sesat?

Ahli Panel:
Wakil Sekretariat Ulama Muda Umno VS Wakil Pemuda PAS Gombak

Tarikh:
26 Jun 2012

Masa:
8.00 - 11.30 malam

Tentatif:
Rujuk Lampuiran 2

Lokasi:
Dewan Sri Siantan, Taman Sri Gombak

Sasaran:
Umum

Penutup :
Mudah-mudahan program ini mendapat manfaat daripda semua pihak demi menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang aman dan dirahmati tuhan.
Lampiran 1: Format
Program ini akan menggunakan format debat, setiap panel akan diberikan masa yang sama banyak dalam 5 pusingan, sebagaimana berikut.

Pusingan 1 : Setiap ahli panel memperkenalkan diri masing-masing dan memberi ulasan tajuk debat (15 minit setiap ahli panel)
Pusingan 2 : Ahli panel akan mengulas tajuk masing-masing (10 minit minit setiap ahli panel)
Pusingan 3 : Sama dengan Pusingan 2: Ahli panel akan mengulas tajuk masing-masing (10 minit minit setiap ahli panel)
Pusingan 4 : Sesi soal-jawab; para penonton akan diberikan ruang untuk bertanyakan soalan kepada ahli panel dan ahli panel akan menjawab soalan yang dikemukakan.
Pusingan 5 : Sesi penggulungan; setiap ahli panel memberi hujah terakhir dan menggulung tajuk debat (5 minit setiap ahli panel)

Lampiran 2 : Tentatif Program
8:00 malam : Ketibaan para penonton
8:30 malam : Ketibaan para VIP, dan ahli panel.
9:00 malam : Ahli panel dan pengerusi mengambil tempat
9:15 malam : Ucapan alu-aluan daripada pengerusi prgoram
9:30 malam : Sesi Debat
11:00 malam : Sesi debat tamat
11:30 malam : Sesi sidang media

1 comment:

  1. While I'll admit that the Sims is one of the most popular casual games of all-time, not all simulation games are considered casual e.
    The first set of options we will modify are the "Appearance"
    options. You can even design and decorate your own room to invite other
    users to.

    Here is my web site; http://Thevellore.com/stige/content/imvu-hack-free-obtain

    ReplyDelete