Himpunan Jutaan Belia : Atris K-Pop dibayar RM2.04 Juta
Bersempena sambutan Hari Belia Negara (HBN) 2012 di Putrajaya, satu perjanjian telah di tandatangani antara Stadium First dengan Majlis Belia Malaysia ( MBM ) bagi menyemarakkan lagi acara yang bakal berlangsung di sepanjang tempoh 23 hingga 27 Mei ini.
Perjanjian ini antara lain bertujuan bagi menarik penglibatan artis dengan para belia pada himpunan belia itu nanti..
Majlis pemeterai perjanjian itu turut disaksikan Menteri Belia dan Sukan, Dato’ Sri Ahmad Shabery Cheek.
Antara artis yang hadir bagi memeriahkan majlis semalam ialah Fizo Omar, Akma AF, Farhan AF dan ramai lagi.
Penglibatan selebriti itu bakal menjadikan HBN kali ini lebih meriah dan mampu menarik lebih ramai belia untuk bersama-sama menjayakan program terbesar di negara ini.
Nampak tak dalam laporan kat atas tu? Ramai artis Malaysia yang diundang dan yang tak ada dalam laporan itu ialah dua kumpulan artis ‘K-Pop’ dari Korea turut diundang. Mungkin yang menulis laporan tu malas nak buat kerja kot pasal tu lah dia tak tulis.
Dua kumpulan ‘K-Pop’ yang diundang itu ialah Dal Shabet dan Teen Top. Ada satu blog pencacai UMNO kata menjemput mereka ini adalah satu motivasi bijak untuk para belia di Malaysia oleh Kementerian Belia dan Sukan.
Begitu ramai artis Malaysia. Mereka dibayar RM1.8 Juta. Berapa agaknya setiap artis dari Malaysia dapat?
Tetapi untuk dua kumpulan dari Korea itu pula bayaran buat mereka adalah RM2.04 Juta…
Apakah jenis pengisian rohani yang belia Malaysia dapat hasil dari RM2.04 Juta yang dibayar kepada artis 'K-Pop' itu?
Lihat jumlah sebenar tuntutan yang telah dibuat oleh Stadium First syarikat yang diberi tanggungjawab untuk mengelolakan program ini di bawah ini.. Nilainya RM15 Juta. Sumber : http://darisungaiderhaka.blogspot.com
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment