PTPTN batal beku pinjaman pelajar UNISEL

Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) membatalkan pembekuan kemudahan pinjaman kepada penuntut-penuntut Universiti Selangor (Unisel).

Perkara ini disahkan oleh Pemangku Naib Canselor Unisel, Prof Dr Anuar Ahmad kepada Sinar Harian sebentar tadi.

"Ini hasil perbincangan bersama pihak PTPTN yang dipengerusikan Ketua Eksekutif PTPTN, Agos Cholan di pejabat PTPTN jam 11 pagi tadi.

"Saya kini dalam perjalanan untuk bertemu dengan Menteri Besar Selangor (Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim) memaklumkan perkara ini," katanya.

1 comment:

  1. alahai tu br skit jer gomen nak tgk kan....ttp dia pya kelam kabutnya haru satu dunia dibuatnya...x pe2 pkr kan KAYA....biaq pi dia kasi sponsor plak...kasi rakyat tgk cmne prihatinnya plak dia,at least dgn rakyat selangor yg dah penat2 mgundi tu

    ReplyDelete