Pelbagai khabar angin tersebar baru-baru ini mengenai berkemungkinan besar pilihanraya umum ke-13 (PRU13) akan diadakan tidak lama lagi pada tahun ini dan jika ia benar-benar berlaku, rakyat akan sekali lagi keluar mengundi dan parti yang memperolehi jumlah kerusi parlimen yang paling banyak akan mengambil-alih tampuk pemerintahan kerajaan pusat.
Keputusan PRU yang lalu
Berbalik kepada pilihanraya umum ke-12 (PRU12) yang diadakan pada tahun 2008 yang lalu, daripada jumlah pengundi berdaftar seramai 10.9 juta orang, dilaporkan hanya 70 peratus sahaja yang telah keluar mengundi pada pilihanraya tersebut.
Berdasarkan keputusan PRU12 yang lalu, Barisan Nasional (BN) memperoleh lebih kurang 52 peratus undi dan memenangi 140 daripada 222 kerusi parlimen, manakala Pakatan Rakyat (PR) pula berjaya memperoleh 48 peratus undi dengan kemenangan sejumlah 82 kerusi parlimen.
Bagaimanapun, 30 peratus daripada 10.9 juta pengundi berdaftar tidak keluar mengundi pada hari tersebut. Jika sekiranya kadar tersebut diambil kira, BN hanya memperoleh sokongan pada 36 peratus sahaja, manakala PR pula 34 peratus.
Dan jika kita berpandukan pula dengan jumlah yang merangkumi 4 juta rakyat Malaysia yang berumur 21 ke atas dan tidak mendaftarkan diri mereka sebagai pengundi, peratusan sokongan yang BN dapat hanya pada kadar 26 peratus, manakala PR pula akan mendapat 25% daripada itu.
Statistik daripada PRU12 jelas menunjukkan bahawa kedua-dua gabungan parti-parti kerajaan dan pembangkang hanya memperoleh kadar undi yang lebih rendah daripada jumlah pengundi berdaftar yang tidak keluar mengundi.
Oleh itu, persoalannya adalah, sejauh manakah kesahihan kerajaan BN yang ada sekarang untuk mendakwa diri mereka berhak untuk berkuasa dan memerintah negara ini? Hakikatnya adalah sejumlah besar rakyat Malaysia yang tidak mendaftarkan diri mereka sebagai pengundi merangkumi kadar lebih kurang 27 peratus daripada jumlah mereka yang layak mengundi pada keseluruhannya.
Dengan itu, kedua-dua gabungan parti-parti kerajaan dan pembangkang hanya memenangi peratusan undi yang lebih rendah daripada yang dijangka oleh kerana agak ramai sekali rakyat Malaysia yang telah mencapai umur 21 tahun ke atas tidak mendaftarkan diri mereka sebagai pengundi.
No comments:
Post a Comment