Hutang negara RM500b Najib tak layak pegang Menteri Kewangan


Rekod buruk Najib Razak selama memegang portfolio Menteri Kewangan cukup menjadi kayu ukur Perdana Menteri itu tidak lagi layak meneruskan jawatan tersebut, kata Setiausaha Agung KEADILAN, Datuk Saifuddin Nasution Ismail.

Beliau mengulas pengekalan jawatan Menteri Kewangan yang disandang Najib dalam pengumuman senarai Menteri Kabinet semalam.
“Berdasarkan rekod kewangan semasa, beliau boleh dikategorikan Menteri Kewangan gred ‘F’ kerana gagal membawa transformasi ekonomi seperti yang dicanang.

“Berbanding lima Perdana Menteri sebelum ini, Najib adalah Perdana Menteri paling boros dan banyak menghabiskan duit negara,” katanya kepada Keadilan Daily.

Sebelum ini, format penjawatan Perdana Menteri memegang portfolio Menteri Kewangan yang dipraktikkan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad diteruskan oleh Tun Abdullah Badawi dan disambung Najib.

Saifuddin berkata, rekod ‘terbaik’ yang dicatat Najib adalah menambah jumlah hutang negara sehingga lebih RM500 bilion sebelum diambil alih dari Abdullah sebanyak RM250 bilion pada 2009.

“Satu-satunya ‘kejayaan’ Najib selama memegang jawatan Menteri Kewangan apabila hutang negara melonjak sehingga RM500 bilion.
“Pertambahan sebanyak lebih RM200 bilion dalam masa empat tahun merupakan jumlah yang amat membimbangkan. Rakyat terpaksa menangung hutang sementara menunggu pilihan raya lima tahun akan datang,” kata Saifuddin.

Katanya, tindakan Najib menamakan dirinya sebagai Menteri Kewangan kerana beliau bimbang kehilangan pengaruh di kalangan Menteri Barisan Nasional.

“Najib adalah Presiden Umno yang meletakkan Umno dalam posisi terburuk sepanjang sejarah pilihan raya. Jika Najib kehilangan pengaruh dalam aliran kewangan negara, bermakna beliau akan hilang pengaruh total di kalangan Menteri BN.
“Itu yang lebih dibimbangi Najib berbanding kedudukan negara yang semakin hampir ke tahap bankrap,” kesalnya.

Saifuddin juga bimbang jika negara bankrap di bawah pentadbiran Najib menyebabkan rakyat terpaksa menanggung bebanan malah pelbagai masalah lain akan timbul termasuk pertambahan kadar jenayah dan gejala sosial.

Sebelum ini, rekod kewangan negara menunjukkan kedudukan hutang negara berada pada tahap lebih RM547.79 bilion atau lebih 53 peratus dari Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) ketika Parlimen dibubarkan pada 3 April lalu. SK

2 comments:

  1. nak tanya sikit .. hutang negara Amerika yang menjadi kiblat Anwar tu berapa banyak ? atau berapa kali ganda berbanding GDP ?

    ReplyDelete
  2. http://malaysian-properties-iec.blogspot.com/2014/04/lawyer-firm-that-was-cheat-to-be-watch.html

    LAWYER FIRM THAT WAS A CHEAT TO BE WATCH OUT - URGED BY SAMNAK SAMBODHI BUDDHIST TEMPLE COMMITTEES

    To all Malaysians respected,

    respectfully here, we wish to inform that YIP KUM FOOK, MCA GOMBAK (YIP KUM FOOK & ASSOCIATES) and YIP JIUN HANN job as a lawyer who runs at: NO. 2A & 2B, 2ND FLOOR ROAD 53, DESA JAYA, KEPONG 52100 KUALA LUMPUR

    We are all Malaysians to take notice and far from people mentioned above because do not hit plot

    They are very nasty and black hearts (cruel), able to cheat women money, destroy families and himself consuming of Temple money, SAMNAK SAMBODHI BUDDHIST TEMPLE, NO: 19 JALAN 38 TAMAN DESA JAYA, KEPONG, KUALA LUMPUR, and pretend to report police lost receipts ......... please note

    Thank you,
    SAMNAK SAMBODHI COMMITTEES

    Please share to everyone .......

    ReplyDelete