Diberitakan bahawa tender kenderaan nombor WWW 15 dimenangi oleh Menteri Kesihatan. Juga diberitakan bahawa urusan menender atau membida nombor berkenaan diuruskan oleh pegawai-pegawai Menteri berkenaan.
Juga diberitakan bahawa Menteri tersebut tidak tahu-menahu siapa yang membayar tender tersebut.
Kemudian, telah diberitakan bahawa bayaran bagi tender nombor tersebut telah dibayar oleh Kementerian Kesihatan.
Akhirnya, setelah tepis, tolak, terajang dan kuntau, dan setelah ditegur oleh Perbendaharaan Malaysia bahawa tiada peruntukan membeli nombor kenderaan yang diluluskan dalam bajet, diberitakan bahawa Menteri mengakui memperoleh nombor plat kenderaan WWW 15 itu “secara percuma”.
Ertinya “Aku dapat nombor plat WWW 15 secara percuma!” atau “JPJ bagi nombor WWW 15 kat aku secara percuma!”
Tetapi, harus diingat! Telah diberitakan bahawa DYMM Yang DiPertuan Agong dikehendaki membayar tender berkenaan. DYMM Sultan Johor pun gunakan duit sendiri untuk membayar nombor plat kenderaan yang Tuanku tender.
Dan, Menteri Kesihatan Liow Tiong Lai mendapat nombor yang ditender secara percuma. SEKARANG, Parti KITA menggesa Menteri Liow Tiong Lai membayar tender nombor berkenaan secara peribadi, atau memohon maaf kepada orang ramai dan segera menyerahkan kembali nombor berkenaan kepada JPJ untuk ditender semula.
Sekretariat Media Pusat
Parti KITA
No comments:
Post a Comment