Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad hari ini mendedahkan wujud cubaan membeli pemimpin Pakatan Rakyat (PR) untuk melompat parti, menerusi satu rakaman video kamera litar tertutup.
Menurutnya, cubaan membeli ahli Parlimen PKR itu dilakukan di sebuah restoran sekitar Lembah Klang, lebih setahun lalu.
Beliau berkata, dalam pertemuan tersebut, melibatkan dua wakil ahli Parlimen PKR dan dua ejen sebuah Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) yang mewakili BN.
"Jumlah yang ditawarkan adalah RM2 juta iaitu jumlah yang normal untuk membeli Ahli Parlimen PR, sebelum ini.
"Namun, wakil Ahli Parlimen PKR ini, cuba untuk mendapatkan jumlah tertinggi sebagai bukti wujud usaha membeli dari BN," katanya dalam satu sidang media, di sini, hari ini.
No comments:
Post a Comment