Penyertaan Bob Lokman, Aishah, Dayang Ku Intan, Hairie Othman, Abby Abadi, Iwan dan lain-lain ke dalam Pakatan Rakyat menimbulkan gelombang dalam arena politik kebelakangan ini, dunia hiburan Cina tempatan juga tidak kesepian, apabila penyanyi popular tempatan pada zaman 1980-an dan 1990-an, Ceng Wei Shan berkempen secara terbuka di pentas DAP pada malam 29 Jun.
Ceng Wei Shan (gambar) mempersoalkan, "Berapa 'tempoh lima tahun' yang kita miliki sebagai manusia? Berapa lagi 'tempoh lima tahun' untuk anda menggarap masa depan negara?
Jadi, jangan lepaskan peluang anda, hargailah tempoh lima tahun ini sebaik-baiknya, lakukanlah perubahan sebaik-baiknya. Dalam masa lima tahun, kes misteri Teoh Beng Hock perlu didedahkan. Hati saya perit membaca beritanya. Saya penyanyi Malaysia. Saya tidak terkata apa-apa. Saya gagal melakukan apa-apa. Saya hanya gelisah dalam hati. Begitu juga dengan anda semua."
Ketika menyanyikan lagu "Mimpi Keemasan Kota Bersejarah" (terjemahan), Ceng berkata, "Kota yang lama memiliki mimpi yang baru. Mimpi hari ini adalah untuk membawa perubahan pada masa depan, membawa perubahan untuk anak-anak. Jadi, mahu berubah? Berani untuk berubah? Saya sudah all out! Jikapun filem Kepong yang saya lakon itu diharamkan, saya pun tak kisah!"
Demikianlah ucapan Ceng Wei Shan ketika berkempen secara sukarela di ibu pejabat DAP Melaka pada malam 29 Jun, di depan kira-kira 2,000 hadirin. Ianya dipercayai kali pertama untuk penyanyi lagu Cina berkempen untuk pembangkang, selepas Auguste Kwan yang berkempen untuk Hew Kuan Yau dari DAP di DUN Bukit Gasing pada tahun 1999. Auguste Kwan adalah penyanyi Cina tempatan paling popular pada zaman 1990-an.
Baru-baru ini, beberapa artis popular dunia hiburan Cina mulai menunjukkan sokongan secara terbuka dalam isu seperti BERSIH 3.0, Hentikan Lynas dan sebagainya. Malah, seorang pengarah filem independen, Ho Yuhang telah memakai baju kuning "Kill Bill" (Rang Undang-Undang Perhimpunan Aman) untuk menghadiri Majlis Perlancaran Filem Ah Beng The Movie: Three Wishes, yang dirasmikan Perdana Menteri Najib Razak, awal tahun 2012.
No comments:
Post a Comment