Oleh kerana lama menunggu giliran untuk berjumpa doktor, aku beli akhbar The Star semalam. Selalunya, bab bisnis memang aku tak tengok, tapi oleh kerana tak ada apa yang nak dibaca, usahkan bisnis…iklan pun habih aku baca.
Ada satu artikel yang menarik perhatian aku.MAS, Petron ink deal for A380 fuel supply.
Aku ingatkan Petronas, rupa-rupanya Petron saja. Pasai apa MAS beli minyak dari Petron dan bukan dari Petronas?
Ayat terakhir dalam artikel tersebut membuatkannya jadi lebih menarik. “On June 5, MAS also enjoyed fuel supply from Petron when it hosted staff and guests on its A380 route proving flight-cum-joyride, which included VIP guest Tun Dr Mahathir Mohamad.”
Mahathir menjadi Penasihat Petronas, tapi dalam hal ini, MAS membeli minyak dari Petron dan Mahathir menjadi tetamu khas dalam pelancaran pesawat A380 yang menggunakan minyak dari Petron.
Petron ini milik siapa? Rupa-rupanya, Petron adalah anak syarikat milik San Miguel. Anak Mahathir, Mirzan merupakan Pengarah San Miguel.
Mengapa MAS tidak membeli minyak dari Petronas sebaliknya membeli minyak dari Petron? So, sekarang kita nampak bahwa Mahathir masih lagi mempunyai kuasa keatas Najib. Najib mengarahkan MAS membeli minyak dari Petron untuk memastikan Mahathir mempunyai duit yang cukup untuk memastikan anaknya Mukhriz menghadapi pilihanraya akan datang.
Macam mana lagi nak salurkan duit kepada Mahathir?
Bukan setakat MAS saja yang terpaksa membeli minyak dari Petron, malah Petron juga telah mengambil alih syarikat Esso Malaysia Berhad. Tak lama lagi, semua stesyen-stesyen minyak Esso akan bertukar menjad Petron. (Boleh baca kat sini)
So, setiap hari kita dengar Mahathir dan Umno bercakap tentang Islam, tentang Melayu..tapi dalam masa yang sama, Mahathir menggunakan duit arak dari San Miguel untuk membeli Esso Malaysia.
Hello Umno!! tak ada ke syarikat-syarikat Malaysia yang boleh beli Esso Malaysia? Mengapa boleh lepas ke syarikat arak terbesar di Filipina? Mana orang Umno yang menyalak mempertahankan hak Melayu, kalau peluang perniagaan yang cukup lumayan ini pun diberikan kepada syarikat arak? Malu la.
Aku bukan pakar ekonomi atau bisnis. Jadi aku mintak la kepada ahli-ahli ekonomi tolong tengok-tengok kan isu ni.Sebagai tambahan, boleh baca disini. EXXONMOBIL Scandal Starring Mirzan Mahathir
Sumber Asal: http://mediaperak.com/2012/07/03/komplot-mahathir-esso-dan-san-miguel/
Nak buat Arak 1Malaysia nanti...
ReplyDeleteKepada YB. Perdana Menteri Dato' Sri Haji Mohammad Najib bin Tun Haji Abdul Razak,
ReplyDeleteDi sini saya ingin mengatakan bahawa BN kalah bukanlah koncern BN tak baik, khas nya MCA kerana kebanyakan Ahli MCA cabangan bawah, pemimpinnya sudah berjaya sombong dan tidak berkhimat dan ular, olih itu mengakibatkan ramai Malay, Cina dan India naik marah dan kalah PRU 13 teruk
Contohnya yang saya tahu Pengerusi MCA GOMBAK YIP KUM FOOK dan Permuda MCA GOMBAK YIP JIUN HANN, mereka ular sampai wang Tokong pun berani telang dan halau Sami Buddha keluar dari tokong, orang ramai benci MCA.
Apabila mereka tolong Donald Lim Siang Chai di Selayang, orang ramai salah sangka Donald Lim sama satu kaki……
Sekira MCA cuba ingin memulit nama baik dan sokongan olih orang ramai semula, pemimpin seperti ini patut di kikis dengan bersih dalam parti, Kalau tidak sampai bila pun susah memulit semangat
Sekian, Terima kasih