RTM dan TV3 sahkan Rosmah sebagai Perdana Menteri?

Setelah sekian lama cuba tidak menonjolkan diri bagi mengejar dan meraih publisiti, akhirnya isteri Perdana Menteri Rosmah Mansor muncul kembali..

‘Ekspresi Remaja Bersama Perdana Menteri’ itu yang terpapar pada skrin. Tapi yang ditampilkan ialah isteri Perdana Menteri.

Sedikit sebanyak pasti akan ada remaja yang tertanya-tanya siapa Perdana Menteri Malaysia yang sebenar ni?

Tetapi jangan berasa hairan. Rosmah sememangnya diiktiraf sebagai Perdana Menteri Malaysia oleh negara luar, contohnya Singapura.

Mantan Perdana Menteri Singapura, Lee Kuan Yew berkunjung ke Malaysia suatu masa dulu, meletakkan Rosmah sebagai manusia pertama yang ditemuinya ketika berkunjung ke Malaysia.. bukannya Najib.

Beliau berjumpa dan mengadakan rundingan empat mata dengan Rosmah Mansor.

Pertama kali dalam sejarah negara seorang VVIP asing mendahulukan untuk bertemu isteri Perdana Menteri bukannya Perdana Menteri sendiri. Secara tak langsung Lee Kuan Yew menunjukkan kepada rakyat Malaysia bahawa Rosmah Mansor adalah Perdana Menteri Malaysia.


No comments:

Post a Comment