Isu 'Skandal' LRT : Keaslian dokumen Rafizi dipersoal

Syarikat Prasarana Negara Berhad, syarikat berkaitan kerajaan yang memiliki dan mengendalikan perkhidmatan LRT, menafikan projek sambungan LRT Ampang bernilai lebih RM1 bilion dianugerahkan kepada konsortium diketuai George Kent Berhad.

Prasarana mempersoalkan keaslian dokumen yang didedahkan Pengarah Strategi PKR yang menunjukkan perdana menteri dan menteri kewangan Datuk Seri Najib Razak menganugerahkan projek itu kepada George Kent.

"Dokumen-dokumen berkeaan mungkin tidak tulen," Pengarah Pengurusan Kumpulan Prasarana Shahril Mokhtar dipetik sebagai berkata oleh The Edge Financial Daily hari ini.

Selasa lalu, Rafizi menunjukkan dokumen bagi membuktikan dakwaan Najib yang juga menteri kewangan campur tangan dalam pemberian projek sambungan LRT itu.

Ia antaranya bahagian daripada minit mesyuarat Jawatankuasa Perolehan Kementerian Kewangan (JPMK) pada 21 Jun yang dipengerusikan Najib, dan surat keputusan bertarikh 25 Jun kepada Prasarana.

No comments:

Post a Comment