Datuk Seri Najib Razak disifatkan sebagai tertekan dengan jolokan Demokrat Palsu oleh sebuah majalah Kanada 'Globe and Mail' bulan lalu karangan Mark Mackinnon dalam tulisan bertajuk: ‘A 21 st-century checklist of new autocrats’.
Anggota Parlimen Kuala Selangor, Dr Dzulkefly Ahmad menyifatkan Najib sangat tertekan dengan laporan itu kerana beliau disamakan dengan pemimpin yang tidak demokratik.
Antaranya Presiden Russia Vladimir Putin; Presiden Palestin Mahmoud Abbas, Presiden Algeria Abdelaziz Bouteflika, Perdana Menteri Ethiopian Meles Zenawi dan Perdana Menteri Cambodia Hun Sen.
Bekas ahli kelab ini pula dikatakan terdiri dari Slobodan Milosevic dan Hosni Mubarak yang gulingkan oleh rakyat Mesir baru-baru ini.
Antara Ciri utama kelayakan dalam kelab ini adalah pimpinan yang menganjurkan pilihanraya tetapi tidak bersedia untuk melepaskan kuasa sementara menahan serta memenjarakan seteru politik dari pembangkang, kata Dr Dzul.
Meskipun pun demokrasi yang mereka amalkan itu palsu dan tempang, tetap pimpinan demokrat palsu ini boleh di'turunkan’ rakyat dalam demokrasi dan ruang media yang sempit itu.
Di ambang pilihanraya ke-13 yang sangat mencabar buat Najib dan BN, telahan dan ‘title’ barunya tentunya tidak membantu beliau, kata Dr Dzulkefly yang juga AJK PAS Pusat itu.
Sejarah rampasan kuasa di DUN Perak masih segar dalam ingatan umum, katanya.
Najib, minta beliau, wajar mengeluarkan kenyataan bagi membuktikan kesediaan beliau bertarung secara ‘gentleman’ dan seandainya kecundang akan berani berundur secara terhormat sebagai seorang ‘negarawan’ yang disanjung.
Namun, sehingga kini, komitmen beliau ke arah ini belum tampak lagi, tambah Dr Dzulkefly.
Sebaliknya segala perhitungan menundakan pembubaran parlimen ditanggapi rakyat sebagai perhitungan licik untuk mengekalkan kuasa.
Lebih ngeri lagi apabila rakyat diingatkan dengan retoriknya dengan “biar berkecai tulang dan badan, bercerai jasad dan nyawa Putarjaya tetap akan kita pertahankan” tambah beliau.
Komitmen beliau memberikan suara ‘semak-imbang’ dan ‘pertentangan legitimate’ dari pihak pembangkang dan pihak sivil-NGO adalah kunci kepada kayu ukor seorang democrat tulen, kata Dr Dzul lagi.
Baginya, Najib gagal dalam menangani tuntutan dan desakan contohnya BERSIH, Anti-Lynas dan GMI.
"Kesemua adalah tuntutan yang ‘legitimate’. Beliau tidak perlu teralu gusar bahkan wajar mengurus desakan ini secara ‘engagement’ yang konstruktif bahkan boleh bersekali dalam menganjurkan ‘reformasi’ yang dipinta rakyat," tambahnya.
No comments:
Post a Comment