Ketua Penerangan Umno Terengganu YB Haji Ahmad Razif Abdul Rahman dalam satu siri ceramahnya tidak mahu semangat pemimpin Barisan Nasional (BN) bermusim terutama ketika menjelang pilihan raya saja, sebaliknya terus mendokong semangat kerjasama bersama sayap lain.
Razif juga menyebut antara sebab kelemahan penerangan UMNO kerana MB Terengganu sendiri kurang menyokong program-program dalaman UMNO
Antara lain dia menyebut MB Terengganu sepatutnya menyerlahkan program-program kerajaan kepada masyarakat supaya masyarakat melihat ini adalah program UMNO.
Tapi Malangnya MB Terengganu tidak berbuat demikian sehingga masyarakat Terengganu melihat aktiviti penerangan UMNO macam layu berbanding dengan aktiviti PAS yang saban hari ada program serta ceramah.
Atas dasar itu dia merasa sedikit kekecewaan. Nampaknya Razif tak boleh beza antara Kerajaan dan Parti. Rasanya Bijak Mat Said lagi dalam hal ini.
No comments:
Post a Comment