Bekas Menteri Pengangkutan Dr Ling Liong Sik hari ini memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bahawa dia telah tersalah didakwa menipu Kabinet berhubung skandal Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ).
Ling, seorang doktor perubatan, juga mempelawa Hakim Datuk Ahmadi Asnawi untuk bertanya soalan.
Hakim Ahmadi menjawab: "DPP akan bertanya soalan."
Sepanjang prosiding hari ini apabila disoal oleh peguam Wong Kian Kheong, Ling menafikan sebarang niat mahu menipu Kabinet, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, dan kerajaan.
"Takkan saya berani nak tipu Dr Mahathir," katanya ketika menjawab salah satu soalan yang dikemukakan oleh Wong.
No comments:
Post a Comment