Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek mendakwa, masyarakat Cina menghadapi masalah berhubung pendidikan di Malaysia semasa Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi timbalan perdana menteri dan menteri pelajaran.
Beliau mendakwa, semasa Anwar memegang jawatan tersebut, masyarakat Cina sukar dapat memasuki universiti kerana bekas menteri kewangan itu hanya mengutamakan bumiputera.
"Kami menghadapi masalah semasa Anwar menjadi menteri dulu. Ramai yang memohon taraf penduduk sementara di sesebuah negara semata-mata untuk pendidikan kerana semasa Anwar menjadi menteri pelajaran dan timbalan perdana menteri, dia mengehadkan bukan bumiputera untuk masuk ke universiti," kata Chua.
Presiden MCA itu mendakwa demikian dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Presiden parti itu petang ini.
Chua menyatakan demikian sebagai mengulas pertanyaan pemberita mengenai pemohonan taraf penduduk sementara (PR) Australia oleh Naib Presiden MCA, Datuk Sei Ng Yen Yen 17 tahun lalu demi pendidikan anaknya.
No comments:
Post a Comment