Ketua pemuda Umno Johor disingkir jawatan

Walaupun menafikan pergolakan berlaku dalam Pemuda Umno Johor, hari ini ketuanya, Mohd Fadil Muskon disingkirkan dari jawatannya.

Beliau digantikan oleh Ketua Pemuda Umno bahagian Parit Sulong, Datuk Zulkurnain Kamisan.

Pengumuman ini dibuat sendiri oleh Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaludin selepas merasmikan mesyuarat perwakilan Pemuda Umno bahagian Pulai di Dewan Tan Sri Mohamed Rahmat di Johor Bahru hari ini.

"Pelantikan ini adalah rombakan kecil yang saya janjikan sebelum ini sebagai persediaan bagi menghadapi pilihan raya umum ke-13 yang akan datang," kata Ketua Pergerakan Pemuda Umno Khairy Jamaluddin.

"Saudara (Mohd) Fadil akan menjadi pegawai khas bagi membantu saya di Sekretariat Pemuda BN," katanya.

Sebelum ini, Pemuda PAS Johor mendakwa Pemuda Umno negeri itu sedang bergolak kerana desakan dari 16 Pemuda bahagian supaya ketuanya Mohd Fadil Muskon meletakkan jawatan.

Ketua Pemuda PAS Johor, Suhaizan Kayat mendakwa, antara alasan penolakkan Mohd Fadil kerana dikatakan beliau ini orang Ketua Pemuda Umno Pusat, Khairy Jamaluddin.

Manakala 16 orang Ketua Pemuda Umno Bahagian yang didakwa terbabit adalah daripada kumpulan Timbalan Ketua, Datuk Razali Hj Ibrahim, kata beliau dalam satu kenyataan media.

“Selain daripada itu terdapat juga pandangan menyatakan bahawa Sdr Mohd Fadil Muskon yang disifatkan sebagai ‘budak baik’ kurang senang dengan Pemuda-pemuda Umno Bahagian yang mengambil kesempatan daripada projek-projek kerajaan untuk kepentingan peribadi pemimpin tertentu.

“Sifat ini telah mengurangkan peluang-peluang pemimpin-pemimpin tertentu mendapat habuan mereka. Keadaan ini telah digunakan oleh seteru politiknya untuk membangkitkan isu bahawa saudara Mohd Fadil tidak menjaga kebajikan pemuda-pemuda Umno bahagian.

“Ada juga Ketua Bahagian Umno Johor yang tidak berpuas hati dengan perkembangan yang berlaku disebabkan pilihanraya sudah terlalu hampir dan dengan berlakunya perpecahan hanya akan mengundang kejatuhan Johor dari tangan Umno”, kata Suhaizan sebelum ini.

2 comments:

  1. Ketua pemuda muar dalam keadaan cemas di sebab kan akaun pemuda bahagian muar masih tidak dibuka kerana beliau ada citos dan apa cerita ni PEMUDA jangan jadi bodoh

    ReplyDelete
  2. Berita terkini KETUA PEMUDA muar salah guna wang untuk kepentigan diri sendiri,DI MANA AJK PEMUDA MUAR? MATI @SUKA DI PERBODOH KAN? KETUA PEMUDA ketawa gembira sebab semua AJK PEMUDA dapat di PERBODOH kan..APA TUNGGU LAGI SEMUA AJK PEMUDA MUAR..

    ReplyDelete